Tuesday, December 30, 2008

SALAM..

Nak tempek gambo je laa.. pasal ari ni cik mood takde laaa.. Layaannn..

Ni laa hasil keje kerastgan ku... belajar ngan Kak Intan MYR... belajar dlm tepon jee.. ni la hasil nye.. ape yg leh tangkap try buat.. ape yg takleh hentam jee jahit hehe.. akhirnye jadi la begini tak sekemas jahitan CIKGU INTAn heheee.. tq banyk2 kakintan...nanti nk belajar lagii... hehee...

sebenarnye lum siap lagi.. tapi aku sarungkan jugak heheee.. dah takde kain lain ..so perabis laa kain ni.. kakak aku ckp alas meja tu letak kaler lain ok sikit hehe.. hentam je laa dulu... nanti bile dah terree jahit.. kite pilih kaler yg betul2sesuai.. sebenarnye kain ni nk buat langsir.. tapi aku ubah pikiran pasal meja tu pemberian kakak aku yg terpakai laa.. elok lagi.. tapi kalu nk letak depan tak sesuai la kan.. tu yg aku buat sarungnye.. pasal letak kat dapur sempit sangt.. bese laa kalu aku duk dapur.. ramai pembntu cilik ikut sekali.. so bertambah sempit laa kat dapur tu... heheee..

kacang panjang.. goreng ngan ayam.. goreng bese jee..hehe.. masak masa lunch ari ape ntah dh lupe..

Telur Itik masak lemak.. utk lunch ari ape pon dh lupee... masa cuti2 baru nih...

udang masak lemak cili api..salah satu peberet incik hb...aku suka udang tuu.. fresshhh gituuu


Koktail ni aku selalu buat.. budak2 suka.. mak ngan bapak budak2 ni pon suka...
Resepi ni mintak ngn jiran...

BHN2
1 tin koktail
1 tin susu cair
6 cawan air
3 sudu kastad
8 sudu gula... cam bese kalu suka manis lagi leh tmbah lagi..kalu kurg suka..leh kurang kan

CARA2:
Masak air hingga mendidih. sementara tgu air mendidih.. masukkan kastad dlm susu cair kacau sampai larut... bile air dah mendidih masukkan susu cair tadi..kacau... kemudian masukkan koktail...siap.... bila dah sejuk leh masuk dlm peti ais..

Haa.. ikan goreng ni menu wajib tiap kali lunch n dinner.. bawang goreng tu sedap gaul ngan nasi panas...

Kcang botol ngan kacang panjang goreng ngn udang...

Udang celup tepung...best rangup je tepung die.. tapi anak aku no.2 tu tak berape suka...yg lain semua suka.. yg kecik tu pon suka sangat siap cicah ngan sos tomato ikut kakak die...


Ni lak.. kat pokok kacang botol yg incik hb tanam depan umah.. ade penjaga nyee... eee... geli tul.. Yg heran nye.. time tuan die duk petik kcg botol.. tak pernah lak terserempak.. time aku memetik jee ade jee mende munculll.. sebelum nih.. yg warne ijau..sib baik aku perasan ekor die kalu tak..sah2 aku tertarik ekor die... eeee... gambar ni aku snap petang kemareng.. masa duk petik utk jiran aku.. sib baik masa aku duk petik tak kuar lagi.. sekali aku naik baru laa ternampak...eeee geli sguh laa...

Monday, December 22, 2008

200 9......... dah dekat

Salam...
Lagi 9 hari... 2009 akan muncul..heheee.... intro..
Sebenarnye ari nih nak copy paste satu email... aku dpt ni Tahun 2005.. bos lama aku yg forward dulu.. kalu tak silap laa.. lupee daaa... Sebenarnye aku simpan email ni dlm inbox.. aku tak delete.. pasal email ini sungguh bermakna buat aku.. cam bese laa.. diri aku nih kalu tak beringat selalu.. bule lupeee diri..bule tersesat tauu..hehee...tu yg aku kene selalu baca mende2 camni lah.. tu aku syg nak buang... tapi akhirnye terhilang jugaaa... tapi nasib baik gak email ni pernah aku forward pada suami aku.. so, aku ambik n simpan balik dlm kompter aku..
Ari ni.. aku nak simpan kat sini lak..
Sesape yg sudi baca.. baca laa sampai abis.. mungkin jugak ade yg pernah terima email ni kan.. tak kisah laa.. bolee je baca sekali lagii...banyak kali pon boleee...
OK.. SELAMAT MEMBACA...

Assalamualaikum warahmatullah... Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya.  Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian  muslimin & orang2 yang beramal soleh...

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang  disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah  satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan  seperti seorang businessman yang sibuk. Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di  belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut  terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas  jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia. Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya.  Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...) "Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal  tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih  menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar  dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini.  Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan  melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know  what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta). Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga  selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta.  Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku  supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak? Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya  berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang  macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah  kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata.  Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau  berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit  dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu  dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan? Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang  terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu  Maha Adil?  Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana?Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang  manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka? Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).  Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah  berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh.  Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya  imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak. Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan  Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi.

Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala  nak bayar.  Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa  minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat,  Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika  sebelum Zuhur.  Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang,  Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah... Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah  yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar  bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain  itu lebih baik dari apa yang kita miliki. Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di  bawah.  Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar  peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak.

Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut  mengalaminya.  Siapa yang taknak gaji besar, kan? Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke  hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini,  dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF.  Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.
Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750.  Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai  trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi  bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga! Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang,  ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak  ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru  dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja. Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah  beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang  penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk  hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini benar2 terkesan dalam hati saya. Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah  dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok  hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat(matahari), dunia  (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah  kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar  ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh.  Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab  tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut. Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk  besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga  kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam.  Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja. Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia.  Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke  masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia  hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan...

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya  pasti,  saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak  saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru?  Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita   bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak  kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah  pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang  sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong.  Wallahu'alam... Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini  kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu.  Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan  yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata cukup..... Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk  adalah akibat kebodohan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah, Wassalamualaikum warahmatullah .... 

Sunday, December 21, 2008

Coti..coti...

Salam.. ari ni.. tak berape nak sihat.. dua hari dah sakit kepale.. d saat tahap kerajinan ku yg tinggi... kepale lak sakit tahap maksima.. lama dah tak sakit kepale camni.. Naib baik ari ni dah tak sakit kepale.. tapi bdan tak larat sebab banyak mkn ubat kot.. ikut hati nak je cuti.. tapi cuti ade 1 hari lagi nak simpan utk minggu depan.. lama skit cuti.. Nak pi klinik??... tempat ni lahh paling susah aku nak pi.. pi je laa keje..
Hari Jumaat.. pagi..buat sarapan Roti Boy.. tak berape nak jadi.. lepas buat ni.. pening2 pon dtg.. tapi buleh tahan lagi.. Bila dah baring payah lak nk bangun.. lunch lom masak lagi.. kl 1.30pm lom mask ape2 lagi.. Tapi pening2 pon bagun laa jugak, nanti kang kelaparan budk2 ni.. masak simple je..goreng ikan kerisi ngan ikan tumis..
kikiikkiiiihhh.. letak gambo seblum goreng je la ekk..

Tengah masak tu.. kakak ipar mesej ajak mkn kat tepi pantai.. aduss.. aku sakit kepale.. ikut hati taknak pi.. takut melarat lak sakit kepale.. pasal ptg nanti nak buat kek utk besday anak buah.. tapi hb ckp pegi je laa kejap.. budak2 ni pon dah lama tak pegi pantai.. so pegi je lerr.. dah dkt kul 3 ptg.. banyk tul aku mkn hehee.. mkn tepi pantai berselera lerr.. kakak ipar lak bwk budu..fuuuuhhhhh..




Ari Sabtu.. buat kek utk anak buah.. kesuntukan masa.. ingat nak buat cupcake n hias ngan butter creamm.. lecehh la plakk.. pasal ade pembantu cilik sorang nihh.. nak menghias kek ni kene beri tumpuan sikit.. kalu dah duk buat kek bersama pembantu cilik nihh.. camne nak bagi tumpuan.. paham2 je lerr..
tu diee.. time ni baru lepas kene marah pasal duk usik tepung kek.. habis berterabur atas meja.. tu yg die tolak kerusi main dekat sink lak.. buat muka selambe jee kene marah.. mcm busy benor lak die.. buat tak layan bile kene marahh.. disambungnye lakk keje lain.. kakak ngan abg dide tido mah mak saudara die org.. tinggal la die sorag..


Sambil tunggu kek masak aku cuci bekas mana yg patut.. masa tu aku rase cam legaa jee.. nape ekk.. rupe2nye pembantu cilik aku takde.. mane lak die pegi.. senyap jeee.. main kat bilik agaknye.. lepas tu aku pon pi jenguk laa kat bilik.. semua bilik takde.. aku dah pelik nihh.. aku pon pi la jenguh kat depan tv... hahh tu dieee...

Lega bila pembantu cilik aku dah tido.. time nih buleh laa aku godek2 butter creamm.. kalu tak hantar kek gitu jee leeerr kat besday boy.. cian lakk.. akhirnye gini laa hasil.. boleee laaaa.. pagar tak berape kukuhh hehee..

..
Ni lak ciskek.. buat waktu pagi2.. lepas hb pi keje.. sebelum pembantu cilik tu bangun.. utk di bawak umah besday boy gak.. pastu buat muffin coklat sikit.. nak buat lagi tak tak sempat dah.. gambar muffin lupa lak nk ambik..
Ini lak.. kakak aku masak.. saje nak test resepi yg die mintak kat tuan kedai yg selalu die mkn.. katenye best sangat.. aku tak pernah mkn.. UDANG CELOP TEPUNG.. hehe.. udang tu baru je beli kat tepi sungai.. udang segar sangat... best..rangup..

ni resepinye.. utk setengah kilo udang..
1 cwn tepung gandum,
1 sudu baking powder,
garm secukup rase,
gula secubit sje..
3/4 cwn air.. letak sikit2.. takut terlebih air.. agak2 nk buat cam jempuut2 tu ok laa..
Goreng ngan minyak yg banyak dan panas...

Okey.. ni lah aktiviti masa cuti baru nih.. walaupon sakit2 kepale... penutup ni aku tempek gambar besday boy.. kat umah kakak aku yg jaga budak2 nih.. okeyy zasssssssss.. lapo lak rase...

Wednesday, December 17, 2008

CUCU SAUDARA.......

Salam.. ari ni.. mendung je cuaca.. mata ku lak berat tul.. mengantuk sangat.. tak tahu nape.. internet kat opis lak slow jek ari nih...
Ni nak tempek gambo je lerr... gambar2 cucu saudara ku yg ke-2... baru lahir pada 11 Dec 2008 (khamis) baru nih... kat Hospital Serdang... mak ayah die bagi nama... MUHAMMAD HAZIQ .. maksud pon ok...

Aku sebenarnye masih lagi ter pikir- pikir.. panggilan yg sesuai utk cucu saudara ku ni nak panggil nanti... hehee.. maklum laa cucu...
TOK SU... hahaa.. cam kelakar lak aku rase.. sebab aku perasan muda laa jadi kelakar ni... padahal memang dah tua... so.... aku taknak laa die org panggil aku TOK kikkikkkiii.. sebelum nih.. duk bahasakan diri TOK SU.. memandangkan cucu saudara yg sulong tu lom pandai cakp lagi..( 1 tahun )...jadi nye hehee.. sempat lagi tukar.. aku mau tukar itu panggilan... WAN SU... ok dok??? okey la skit kannnnn... WAN DA..(panggilan utk adik aku)... yg lain2 ntah laa.. TOK NOR, TOK CHIK, TOK ZA, TOK YIE(ni sesuai utk hb aku nih wakakakaaaa), TOK CHIK NAH, TOK NGOH.. mcm2 tok lagi laa kot heheee...
ok layaaaaaannnn....

Ni Adib bersama cucu saudara yg sulong umur 1 tahun..nama NUR DIA ARDINI..
ni lak DIA ngan Nabihah n Fahim..

Haaa... ni laaa anak saudaraku yg sulong.. tu duk meriba anak saudara die laa..( adik die nye anak).. CIKGU MONALISA ni...

Ni duk meriba MUHAMMAD HAZIQ... masa baru sampai dr Shah Alam...

Monday, December 15, 2008

Gambar Mangsa Banjir di Terengganu...

Salam seme..
Ni ade gambar2 mangsa banjir baru2 nih.. di Kg Labohan..heheee..umah kakak n abg den lerrr.... layaaannnnnnnnnn

Ni budak2 duk main rakit
Ni bahagian dapur umah kakak.. pintu yg terbuka tu stor.. masak laa mengemas ni..
Ni tengah hujan lebat.. air masih menaik... tu yg cekak pinggang tu hb ku lerrr
main air
ni kat dapur gak.. duk tengah angkut barang letak atas meja..tempat tinggi skit
semua seronok main air
kerusi meja batu tenggelam...
tu dieee seronok main air..
kereta semua parking kat luar tepi jalan besar...
Kalu dapt letak video lagi best.. masalahnye tak dapt laa.. try letak tak jadi.. kene study lagi ngn CIKGU G ni... okey... lenkali letak video...zaaaaasssssssssssss

Sunday, December 14, 2008

Main masak-masakkkk...

Salam seme...
Ari ni..duk opis sorang2. semua staff lain kene masuk plan.. heheee... best... takde bau rokok... nyaman je rase.....ahakss.. tapi rindu la plok ngan die org ni.. sebulan keje kat Thailand... harap2 mereka baik2 je kat sana... dan bekerja dengan jayaaa nye...heheeee...

Okey... you all layan je gambo2 nih ekkk..... zaaaaaaaaasssssss....
Roti canai resepi joayee, best sangat.. hb nngan anak2 pon suke... sebenarnye ni kali ke-2 buat... due minggu lepas janji nak buat roti canai.. anak2 duk tanye.. ari jumaat baru nih baru tertunai...kebetulan ade daging.. buat kari daging..cicah ngan roti canai..best
Ni mexican bun..resepi kak lily.. buat utk mkn ptg.. pon sedap.. anak2 suka ni.. siap suruh buat lagi..
Baru siap letak topping
Dlam oven..tengah bakar
Dah masak...
Nasi goreng.. sarapan pagi sabtu baru nih, kaya ngan kacang botol hehe..al-maklum lerr kacanng botol free..
Kek pisang... petg sabtu... pisang dr kg..mak mertua tanam.. cam terlebih pisang kek ni..