Wednesday, January 28, 2009

seronok..seronokkkk

Ni semalm punye crite... pagi lepas je siap2 mkn budk2 ngn bapak budak.. eh.. dekat2 tengah hari gak laa.... dr umah kite org pi kemaman beli barg utk buat kek.. lepas tu terus je ke umah bonda... saje nak melepak... sampai sana ramai rupe2nye.. kakak ku tengah memasak.. langkah kanan tul.. mkn ramai2 seronok.. ni lauk yg kakak aku masak..

Sambal Ikan bilis ngan petai


Kacang bendi masak tumis


Haa.. ini umbuk nyor masak lemak... mmm aku tak suka mkan lauk ni hehe.. umbuk nyor aku suka mkn gitu jee.. kalu org kate sedap buat acar masak ke ape keee aku takleh telan.. kuah je laa aku ambik hehee...


Ni tanah paya... akan dirikan umah kat sini.. umah adik aku... ni belum lagi timbun tanah merah...

Ewahhh si kecik tuu.. duk lambai2 bedoza...

Tanah belah kakak aku nye.. dah timbun tanah pasir.... pon nak buat umahhh....Semoga kakak ngan adik aku nih dapat siapkan umah seperti mana yg dicitakan... aku??????.. Syukur laaa ape yg aku dah ade sekarg.. mungkin tahun 2020 kot baru aku dpt buat umah kat situuuu....AMIN...

Isi Kelapa Muda aku panggil nyor muda.. best nye mmm
Ni lak umbok nyor.. manisss jeeee... sdappp

Dua org ni yg duk gilir usaha kan umbuk nyor tu... HB ku ngan abg ipar ku.... ehh sorang lagi anak buah..takde gmbo...
Tu die BONDA ku duk mkan nyor muda ngan menantu die(abang ipar ku).. crite ape laa yg die duk sembang sambil mkn nyor tu.. dua2 kepale bisnesss.. mesti die duk bincang pasal bisnes tuuu... heheeee....

Tarzan kat Mesra Mall

Ni.. mlm bile dh aku dh lupa.. tapi masa cuti baru ni laa.. aku ke MM bersama ngn family kakak aku... hb aku lum balik lagi masa tuu so aku ikut laaa die org pi jln2 kat MM tu.. sebenarnya family kakak aku ni baru balik dr Seremban.. ziarah sedara sakit.. nyinggah solat Maghrib kat umah aku.. lepas tu kononnye budk2 tu nk mkn kat MM tu yg die org tak berenti mkn kat mana2.. so aku pon ikut sekali laaa pi MM tu.. dgn tujuan bawak ank2 aku jln heheee...
Tapi dengan tak di sangka2 aku bertukar jadi tarzan kat MM tuu... Mana tak nye anak aku yg paling kecik tuu.. tak reti duk diamm.. tu yg aku tak sanggup pegi jaln tak bawak HB ku itewww heheee.. tak laratt wooooooo...

haa tengok laa gambo bawah ni.. tu nak memanjat kat abg die nak ambik gelas....

Ni ha... geram negok... si bangla siap menjeling nengok anak aku tak reti duk diam..

Ni lagiii....

Si Abang.. termenung lepas minum air laici

Tu die Char Kuew Tiow Pineng dalm kuali... tak pernah2 mkn dlm kuali... akhirnye bungkus gakkkk.. tak abis...

Apam Coklat


Best apam coklat nihhh... rase cam kek coklat gak... aku suka sangat... resepi ni aku rembat dengan sopan nye dr umah kak ton.... aku akan buat lagi dan lagi.. dan lagiiii... dan lagiiiiiii (aku mane penah jemu mkn maknan yg ade kaitan ngan coklat nih)

ha ni sape...tahu tak sape..... sape lagi kalu bukan si comel..

Cheese Cake



hehee.. ciskek ni.. buat untuk sepupu ... aku mintak die bayar RM30 hehehheee.. mane buleh pree.. mahal ciskrim tuuuu... saje tolong buat... modal kene bayar lerrrr hehhe.. ape rase pon tak tahu.. senyap je budak ni... taknak ke kabo sedap kee... tak sedap keeeee.... ke main telan je budak niii..ish3

Gulung jagn tak gulung...

Ni Swiss Roll heheee.. pon anak buah aku suruh buat heheee... baru abis pantang.. seme benda die nk telan... balas dendam la tuu


Keh..keh..keehhhh


hihiiii.. aku negok kek ni nak tergolek rasenye...
dengan muka tak malunye aku nak tempek gak kek coklat yg aku buat nih sempena besday anak buah ku ngan suaminye hehee
haa.. suruh lagi org tak reti yg buattt.. gini laa jadi nyeeee hehheeee.....

Crite dah basi hehee

Salam..

Tempek gambo jeee... ni bonda ku duk tengah kutip nyor muda... pokok nyor teerpaksa dikorbankan pasal nak buat umah.... so banyk le nyor mudaaa.... mm sedapppp


Ni gambo budak2 duk main atas bukit pasir... yg paling kecik tu paling seronok..geraammmm...

Sunday, January 18, 2009

Ribbon Emroidery

Assalamualaikum...

Ari ni ade gambar n crite.. sebelum ni.. ade crite tapi takde gambar hehe.. jadi rase mls nak taip bile takde gambo... Masak pon takde ambik gambo..
Ni ade gamba hasil masuk kelas RE ngan Kak Lina n Kak Ina.. minatnye pasal... penat2 pon sanggup pi kelas.. ikutkan tak larat nak pi.. pasal takde hari rehat lee bila ari sabtu pon ade aktiviti hehe.. Hari Jumaat memang sah2 dah banyak keje umah.. Memang malas nak kuar kalu ari Jumaat.. kecuali selepas keje umah seme dah beress..

Okey, berbalik pada RE ni.. sebenarnye dah lama nak blajar.. siap beli buku.. mahal sangt.. tapi masa tu tengah bersemangat mahal pon beli jee.. tapi ribbon nye beli sikit sangt ade la dua tiga helai..hehe.. masa dpt buku .. punye laa suka.. tapi akhirnye tersimpan aje kat umah tu.. satu habuk tak buat hehe.. bila kak Lina ni cakp nak buat kelas.. suka nye hati.. dah laa dekat area kerteh.. lagi laa suka.. takyah nak gi belajar jauh2.. Seronok bila dah belajar.. Setakat ni baru dua kali pi kelas.. tiap2 hari Sabtu.. Tapi minggu depan cutiii.......

Kat bawah ni gmbar RE masa kelas yg pertama.. rama2 sekor tu lum siap lagi...

Yang ni lak belajar masa kelas kali kedua.. lum siap lagi.. ni seme keje umah lerr.. pasal cuti kan?? banyak laa keje umah hehee..

Kalu nak tengok gambar masa kelas leh gi ke blog cikgu den ni..

Haaaaaaaa ni lak bese laaa anak-anak den duk main ngan sepupu die.. main jangan tak main....

Tuesday, January 13, 2009

DUNIA KECANTIKAN KU - DUNIA HERBS


Hanya Produk yang terbaik dari kami untuk anda

Dunia Herbs tampil siri produk yang berkualiti dan diyakini oleh pengguna di Malaysia. Produk-produk dari Dunia Herbs terbukti keberkesanannya berdasarkan rekod dari pelanggan yang telah sedia ada. Rangkaian produk Dunia Herbs adalah berasaskan rempah ratus dan herba-herba tempatan yang kaya dengan penawar dan seribu satu khasiat.

Anda juga tidak perlu risau dengan masalah keselamatan kerana ia telah diluluskan oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, Dikilangkan oleh kilang bertaraf GMP dan disahkan halal oleh HALAL JAKIM dan HALAL FOOD COUNCIL (S.E.A). Setiap produk yang dikeluarkan oleh Dunia Herbs telah diketahui umum tentang tahap kualitinya dan ini bermakna setiap kali anda memilih produk berjenama dari Dunia Herbs anda telah menepati apa yang tubuh badan anda mahukan bersesuaian dengan motto syarikat iaitu pelanggan anggun, sihat dan gaya hidup berkualiti

DUNIA HERBS….JENAMA YANG DIYAKINI


Dunia Herbs Adalah Dunia Kecantikan Anda
Kesihatan adalah kecantikan kerana badan yang sihat akan menyerlah lagi kecantikan wajah dan badan anda. Rangkaian produk Dunia Herbs merangkumi kesihatan dan memenuhi ciri-ciri hidup berkualiti yang diidamkan..Losyen mustajab pati halia... khasiat yang diketahui umum tentang perbagai khasiat untuk merawat angin dalam badan selain bertindak memecahkan lemak dibahagian perut dan anggota lain yang bermasalah. Kapsul Halia Nightriem sebagai penjagaan dalaman yang pasti memberi kepuasan kepada anda yang bercita-cita untuk untuk memiliki bentuk badan yang menarik dan ideal. Begitu juga dengan losyen mustajab pati limau plus halia dan diperkaya dengan Vitamin E bagi merawat selulit dan rekahan pada perut dan pinggul yang sememangnya sesuai dengan wanita masakini… Mustajab Perawan pula menjadi idaman dan kepuasan pada setiap wanita yang mementingkan kecantikan dan kesihatan dalaman. Sememangnya setiap produk Dunia Herbs adalah sebahagian dari dunia kesihatan dan kecantikan diri anda.

Losyen Mustajab Pati Halia


Losyen Mustajab Pati Halia
Produk kami yang terlaris dipasaran, terbukti dapat membantu masalah anda

Fungsi
Urutan seluruh badan ● Membakar lemak dan melangsingkan badan ● Sakit otot dan sendi ● Kembung perut dan sakit belakang ● Mengurangkan selulit ● Melegakan sakit akibat senggugut ● Sesuai untuk wanita lepas bersalin ● Kegunaan seisi keluarga

Khasiat
Losyen yang 100 peratus berdasarkan pati halia ini juga adalah antara produk pelangsingan yang mampu membuang lemak dan melancarkan perjalanan darah disamping boleh menguraikan lemak yang tak diperlukan dengan urutan secara perlahan-lahan di bahagian yang bermasalah terutama di bahagian perut dan punggung. Losyen ini juga sesuai untuk membantu melegakan lenguh-lenguh sendi, lutut, kejang urat saraf, kebas kaki tangan serta amat sesuai untuk kanak-kanak yang kembung perut. Produk ini bukan sahaja untuk mereka yang gemuk atau buncit malah boleh membantu para ibu yang baru melahirkan anak di mana dapat menghilangkan kesan pecah di perut atau selulit. Apa yang menarik, Losyen Muatajab Pati Halia ini mengandungi rumusan revolusi terkini dengan secara semulajadi, cepat menyerap dan tidak berminyak, malah baunya sangat harum apabila disapukan pada bahagian yang bermasalah sekaligus membolehkan ia digunakan pada bila-bila masa atau di mana sahaja kita berada. Kelebihan losyen ini juga dapat membantu pengguna yang mempunyai masalah angin. Gastrik dan perut sebu setiap kali mengambil makanan yang berlebihan. Losyen ini sesuai untuk seisi keluarga dan harus ada disetiap rumah.

RM22.00 (SM)
RM25.00 (S/S)

Losyen Mustajab Pati Limau Nipis dan Halia


Losyen Mustajab Pati Limau Nipis dan Halia
Produk kami yang terlaris dipasaran,kini dengan pati limau nipis dan diperkaya dengan vitamin E

Fungsi
Urutan seluruh badan ● Membakar lemak dan melangsingkan badan ● Sakit otot dan sendi ● Kembung perut dan sakit belakang ● Mengurangkan selulit ● Melegakan sakit akibat senggugut ● Menyingkirkan toksin ● Anti bakteria ● Mengurangkan kedutan pada kulit ● Menghilangkan rekahan pada perut dan punggung ● Sesuai untuk wanita lepas bersalin ● Kegunaan seisi keluarga

Khasiat
Dikalangan pengamal ubat-ubatan herba, air perahan buah limau nipis yang dicampurkan dengan kapur makan dikatakan boleh mengempiskan badan ibu-ibu yang baru bersalin hanya dengan menyapukan ramuan itu di bahagian perut. Jus buah limau nipis membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Minyak yang diperah daripada kulit buah limau nipis digunakan sebagai pewangi dan aroma terapi dalam perubatan altenatif.

Losyen yang diperkaya dengan Vitamin E, kini mempunyai peranan penting untuk kulit, iaitu meningkatkan elastik dan kelembapan kulit, mencegah terjadinya penuaan, melindungi kulit dari kerosakan akibat radiasi sinar ultraviolet (matahari), mempercepat proses penyembuhan luka dan parut, dan anti radang. Maka itu fungsi Vitamin E melalui beberapa penelitian terbukti sebagai zat anti oksidan yang melindungi sel-sel tubuh dari serangan radikal bebas (Free Radical).


RM24.00 (SM)
RM27.00 (S/S)

Kapsul Pati Halia Nightriem


Kapsul Pati Halia Nightriem
Merawat dalaman anda untuk penampilan luaran yang menawan

Fungsi
Memecahkan lemak dan selulit ● Mengyrangkan berat badan dan mengempiskan perut ● Merawat sembelit ● Melawaskan sistem pembuangan dan pencernaan ● Menyingkirkan toksin dan merangsangkan peredaran darah ● Membuang angin dan melegakan lenguh-lenguh badan ● Rumusan semulajadi dan tiada kesan sampingan

Khasiat
Nightriem kapsul 400mg adalah salah satu penyelesaian kepada masalah perut buncit dan kegemukan bagi lelaki dan wanita. Dengan gabungan herba yang tidak asing lagi seperti CASSIA ANGUSTIFOLIA, ZINGIBER OFFICINALE, CASSIA ALATA dan FOENICULUM VULGARE memang digunakan khusus dalam rawatan tradisional untuk menurunkan berat badan yang berlebihan. Adalah penting kepada pengguna NIGHTRIEM kapsul 400mg untuk mengetahui bagaimana ia bertindak dan disini kami akan nyatakan di antaranya adalah:

Selepas lapan hingga sepuluh jam penganbilan empat atau enam biji kapsul sehari, sisa-sisa lemak yang tidak diperlukan beserta kotoran dan lendir akan dibuang secara teratur melalui sistem perkumuhan, namun ianya tidak menyusahkan pengguna kerana pembuangannya adalah berjadual. Masalah kekembungan yang mengakibatkan gastric, pening-pening atau loya tidak akan berlaku lagi kerana ianya mengandungi ZINGIBER ataupun PATI HALIA yang memang telah dipercayai untuk merawat masalah tersebut. Penurunan berat badan dapat dilihat dalam jangka masa empat hingga enam minggu.

Setelah anda memperolehi berat badan yang ideal dan susuk tubuh badan yang menarik, anda perlu terus mengamalkan NIGHTRIEM kapsul 400mg sekurang-kurangnya dua hari sekali untuk mengekalkan berat badan anda.


RM35.00 (SM)
RM39.00 (S/S)

Kapsul Mustajab Perawan


Kapsul Mustajab Perawan
Kembalikan kewanitaan dan kesihatan anda agar kekal menawan

Fungsi
Menganjal, menegangkan, mencerahkan serta melembutkan kulit ● Menjadikan rambut sihat dan bersinar ● Membentuk dan mencantikkan badan ● Menjadikan payudara dan punggung lebih tegang dan padat ● Merawat keputihan dan masalah haid yang tidak teratur ● Memecahkan lemak dan melancarkan peredaran darah ● Membantu mengatasi masalah senggugut ● Mengetatkan pintu vagina dan menegangkan kembali rahim pada bentuk asal ● Menambah serta mengaktifkan cairan semulajadi dalam faraj ● Menikmati keistimewaan dalam hubungan suami isteri.

Khasiat
Mustajab Perawan dihasilkan tanpa campuran kimia atau kandungan hormone yang merbahaya. Seratus peratus daripada herba asli dan diformulasikan dengan enam herba terpilih iaitu Kacip Fatimah, Gambir, Halia, Kuniyt, Lada Hitam, dan Jemuju. Antara khasiatnya ialah untuk mencerah, menegang dan menghaluskan struktur kulit serta merawat pertumbuhan jerawat dan melambatkan proses penuaan. Kapsul ini berkesan untuk pelangsingan dan mengembalikan tenaga untuk kesihatan. Ianya juga membantu menegang dan menghilangkan kedutan disekitar payudara dan menjadikan punggung lebih montok. Kombinasi herba yang bermutu tinggi ini dapat merawat masalh rahim dan peranakan bagi mengembalikan kepada bentuk asal. Ia juga dapat melembapkan dan mengaktifkan cairan semulajadi dalam faraj. Secara tidak langsung menambahkan rangsangan tenaga batin dan mengembalikan ‘mood swing’ ketika bersama.


RM43.00 (SM)
RM47.00 (S/S)

Monday, January 05, 2009

GERAAMMMMMMMMMMMMM

Salam semuaaa... ari nih aku geram sikit... ade laaa ngn sorang tuhhhh.. hampas tulll .... lalaalaalaaaaaaaaaaalaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Ari ni masuk hari ke 2.. anak2 aku bersekolah hehee.. pagi tadi yg lelaki susah skit nak bagun.. tapi ok je bile bangun.. tak melalakkk.. si kakak pon okkk.. cuma si kakak hari pertama lupa nk mkn bekal yg aku bagi tuu.. die pi kantin ngan kwn baru tanpe bawak bekal.. kecik2 dah lupe.. nasib gak aku ingat bagi die duit belanje.. yg si kawan lakk... mak die lupe nak bagi duit belanje.. hahhaaa memang kene laa tuu.. nasib gak budk 2 org nih pandai bawk diri.. si nabihah beli nasi lemak pastu kongsi lak ngan kawn die nih.. lawak tul laa... pandai lak die membeli.. itu laa pertama kali die membeli sendiri.. bese ikut mama ngan abah je.. heheee.. kalu dah pandai membeli sendiri kat kantin ade cannn la aku cuti buat bekal sekali sekala heheee..
Hari nih aku buat bekal lagi.. menu yg sama cam semlm.. kali ni aku sangkut kat kerusi die takut lupe lak ngan bekal time rehat nanti...

okehh tempek gambar aktiviti budak2 ni masa cuti baru nih...layaaaaaaaaaaaannnnnn...

Time mama die duk mandi dlm bilik air.. hero aku 2 org nih duk mandikan lantai umah ngan bedak... saje je taknak bagi mama die duk diam nih...

heheeee... ni duk merayu ngan mama mintak bedak tu balik.... hahhahhaaaa....

Sunday, January 04, 2009

Hari PERTAMA ke SEKOLAH

Wajah Selambee..tak sangka lak..leh rilekss jee..


Salam...
Hari ni 04 Januari 2009.... Ahad... di Terengganu sekolah dah bermula hari ni..
Waaaahhhhh.. tak sangka yee.. anak sulong aku pon dah mula sekolah ari ni.. Darjah Satu... dan anak no.2 pon.. dah mula belajar kat tadika Cahaya Ilman...Sebenarnye.. dua tiga hari ni... duk pikir pasal sekolah budak2 ni jeee.. risau gak kan.. Nabihah leh bawak diri atau tak kat sekolah baru ni... Adib lak.. betul ke nak sekolah....

Tapi Alhamdulillah.... hari ni takde masalah ape2.. bangun pagi pon mudah jee... rilekss jee tengok budak dua org pagi ni.. harap2 kekal lah sampai hujung tahun dan tahun2 akan datang hehee... si kecik je... cam kesian lak.. hantar die sorang je kat umah mak saudara die... takleh laa nak gaduh ngn abg die lagi...tapi kan si kecik ni pon bangun awal pagi tadi.. sama ngan kakak ngan abg die bangun mandi...

Ok tempek gambar je ekk..
ni semua masak masa cuti baru nih..


COKLAT SWISS ROLL... pemintaan Muhamad Adib...

Kek Coklat Lembap.. sebelum letak coklat cair..

ni La jadi nye utk besday kawan adik.. mintak maap lerrr tak reti nak deco2... tgn keras..


ni pon swiss roll... Cuti ni dekat 10 gulung aku buat.. semua anak aku telan... suke benorr... mudah jee .. resepi ambik dr blog Che Mat Gebu hehee.. mekacih ye.. tapi aku tak guna sukatan tu.. heheeee.. aku sukat pakai sudu je.. so aku tak tahu laa jadi ke tak.. tapi hb aku cakp sedap... ook laa tuuu. hheheee..
Tapi kan.. kalu terlebih tepung..bile gulung die pecah.. jadi.. bile buat lagi aku kurg kan tepung...

ni permintaan my hb... due sekali letakk.... dua2 die nak rase.. butter cream ngn blubbery.. sedap..


Ni buat utk bekal my mom nak pi Johor ngan abang...